Struktur bangunan runtuh, pihak berkuasa buat penilaian keselamatan
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa difahamkan sedang melaksanakan penilaian keselamatan ke atas sebuah bangunan lima tingkat susulan kejadian runtuhan struktur bangunan tersebut di Kuchai Lama, malam tadi.
Antara yang terlibat termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi menilai sama ada bangunan lima tingkat terbabit masih selamat untuk diduduki ataupun tidak.
Difahamkan, runtuhan itu melibatkan struktur asal bangunan dan bukannya struktur tambahan.
Sementara itu di lokasi kejadian, lebih 15 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi dan jabatan.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.40 malam tadi, sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak selepas struktur rasuk pada bumbung Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park, tiba-tiba runtuh.