Berita Semasa
Selangor isytihar cuti peristiwa esok – SUK
KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023 sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri baharu selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Gabungan itu menang dengan 34 kerusi kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) 22 kerusi.