Berita Semasa

PM seru pengundi di 6 negeri tidak tertangguh laksanakan tanggungjawab

PERMATANG PAUH – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) melaksanakan tanggungjawab mengundi masing-masing hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga berharap para pengundi di enam negeri terbabit tidak bertangguh dan keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab terbabit.

“Daripada pemantauan kita setakat ini, suasana di keenam-enam negeri berada dalam keadaan baik dan tenang, Alhamdulillah.

“Saya minta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturrahim.

“Mengundi dengan aman, harap keluar awal dan jangan tangguh tanggungjawab untuk mengundi lebih awal.

“Saya akan pantau begitu sahaja, saya tidak tumpu mana-mana tempat secara khusus,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin seri Dr Wan Azizah hadir untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Permatang Pauh pada 12 Ogos 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Terdahulu, Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selesai mengundi kira-kira pukul 9.40 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Kubang Semang di sini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, meskipun enam negeri mengadakan PRN hari ini, namun Kerajaan Persekutuan akan berfungsi dan berjalan seperti biasa.

“Ini PRN, tugas Kerajaan Persekutuan akan berjalan seperti biasa. Kita akan meneruskan kerja mulai esok. Keputusan (PRN) akan menentukan kepemimpinan kerajaan negeri yang baharu,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button