Berita Semasa

Calon PH DUN Machang Bubuk pengsan

SEBERANG PERAI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon jatuh dan tidak sedarkan diri di pejabatnya sebentar tadi.

Berita itu dimaklumkan dalam satu hantaran oleh pentadbir laman Facebooknya.

Dalam hantaran itu turut menunjukkan seorang pembantunya sedang melakukan rawatan awal.

Bagaimanapun, keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk itu tidak dimaklumkan sama ada dibawa ke pusat perubatan atau tidak.

“YB Khai Loon jatuh tidak sedarkan diri,  semua program hari ini dibatalkan program. Harap maaf,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Lee Khai Loon menang selepas berjaya menewaskan seterunya daripada Pas, Md Jamil Abd Rahman dengan memperoleh majoriti 16,747 undian.

Show More

Related Articles

Back to top button