Berita Semasa

MB Kedah dipanggil polis?

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor difahamkan dipanggil polis, petang tadi.

Laporan portal Malaysia Gazette menyebut, perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Pengelola Perikatan Nasional (PN) dalam satu acara di Sungai Petani, petang tadi.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang ingin bertemu dengannya tetapi dia (Sanusi) terpaksa melangkau program ini kerana masalah keselamatan yang serius,” kata seorang wakil jawatankuasa di sebuah majlis di Taman Serai Wangi.

Laporan sama menyebut, Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin mengesahkan Sanusi dipanggil untuk disoal siasat oleh polis sambil memaklumkan itu sahaja maklumat yang diketahuinya setakat ini.

“Kami hanya diberitahu bahawa polis memanggilnya. Tidak lebih daripada itu,” jelas Azman.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Show More

Related Articles

Back to top button