Berita SemasaPM X

Konsep Payung Rahmah diteruskan

Salah satu inisiatif jangka pendek dalam Ekonomi Madani yang digerakkan bagi menangani isu-isu segera

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memperkukuh konsep Payung Rahmah sebagai satu inisiatif menangani cabaran kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif yang dicetuskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu akan diteruskan sebagai pembakar semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan yang terbaik demi negara.

“Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini.

“Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar seterusnya berkata, konsep Payung Rahmah merupakan antara langkah jangka pendek dalam Ekonomi Madani yang digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Ahad lepas selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Show More

Related Articles

Back to top button