Berita Semasa
PM lancar Program Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat esok
BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Program Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di ibu negara esok.
Program itu dijangka melibatkan pengumuman kerangka dasar ekonomi negara untuk mencipta lonjakan baharu kepada negara.
Agenda dasar Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan negara tetapi turut menyentuh pencorakan masa hadapan dan memenuhi keperluan rakyat.
“Esok saya akan meluncurkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.