Pope Francis kecam tindakan bakar al-Quran
DUBAI – Pope Francis mengecam tindakan membakar kitab al-Quran sambil berkata, tindakan itu membuatkan beliau berasa marah dan jijik.
“Semua kitab suci agama perlu dihormati, sebagai tanda hormat kepada penganut agama berkenaan.
“Kebebasan bersuara tidak sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk menghina individu atau agama lain, dan tindakan sedemikian perlu ditolak dan dikutuk.
“Saya berasa marah dan jijik dengan tindakan sedemikian (membakar al-Quran),” kata Pope Francis dalam temubualnya yang disiarkan dalam akhbar al-Ittihad pada Isnin.
Terbaharu, seorang lelaki membakar kitab al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden sewaktu satu demonstrasi.
Menurut polis Sweden, keputusan untuk membenarkan protes tersebut dilakukan adalah berdasarkan hak kebebasan bersuara.