Berita Semasa

DUN NS dibubar pada 1 Julai

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada 11 Julai (Sabtu) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, tarikh yang dicadangkan itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Pada pagi ini saya mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk menandatangani watikah membubarkan DUN Negeri Sembilan bagi memberi ruang PRN diadakan.

“Alhamdulillah, tarikh pembubaran 1 Julai ini,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Terdahulu, Aminuddin tiba di Istana Hinggap di sini, pada 10 pagi untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran DUN.

Show More

Related Articles

Back to top button