Berita Semasa

Rusli Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif SKM baharu

KUALA LUMPUR  – Rusli Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2025.

SKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665.

Katanya, pelantikan tersebut dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Rusli Jaafar telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi lagi.

“Sepanjang tempoh tersebut beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa Bahagian Ibu Pejabat dan Negeri sehinggalah di peringkat pengurusan tertinggi SKM,” kata kenyataan itu.

Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Datuk Ewon Benedick.

Untuk rekod, Rusli pernah dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif SKM pada 1 Disember 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button