Jenayah & Mahkamah

Polis tahan dua suspek pukul pekerja kedai serbaneka

SEMENYIH – Dua suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di sini, berjaya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek merupakan lelaki warga tempatan.

“Kedua-dua suspek berumur 31 dan 32 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat(D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.

“Tangkapan yang dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari itu turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan,” kata Mohd Zaid dalam satu kenyataan, hari ini.

Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, Malaysia Tribune melaporkan seorang pekerja sebuah kedai serbaneka cedera di muka akibat dipukul dalam kejadian satu kejadian pada awal pagi Selasa.

Mangsa dipukul kerana mendakwa suspek bertindak mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran.

Show More

Related Articles

Back to top button