Politik

Pemuda UMNO beri amaran kepada Ahli Parlimen DAP

KUALA LUMPUR- Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh memberi amaran Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham susulan soalan yang diajukan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu.

Koo Ham mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bagaimana perkahwinan warganegara Malaysia beragama Islam yang berkahwin dengan bukan Islam di luar negara dapat diiktiraf di Malaysia.

“YB Ngeh Koo Ham walaupun ini hanyalah berbentuk soalan yang dikemukakan di Parlimen, tetapi amaran kami jelas.

“Jangan mulakan,” kata Muhammad Akmal dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam jawapan bertulis terhadap soalan tersebut, Anwar berkata, perkahwinan yang melibatkan antara orang Islam dan bukan Islam adalah tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di bawah undang-undang.

“Subseksyen 3(3), Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 1641] memperuntukkan bahawa Akta tersebut tidak terpakai bagi seseorang Islam atau bagi mana-mana orang yang berkahwin di bawah undang-undang Islam dan tiada perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah satu daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button