Jenayah & Mahkamah

Mahkamah tolak permohonan reman ketua polis daerah

SPRM diberi 24 jam lengkapkan siasatan

KUANTAN – Mahkamah Majistret hari ini menolak permohonan reman terhadap seorang pegawai kanan polis yang yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Permohonan tersebut ditolak Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman dengan alasan SPRM menahan suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang sepatutnya digunakan Seksyen 49 Akta SPRM 2009.

Prosiding permohonan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala suspek diwakili peguambela, Datuk Bob Aramugam.

Menurut peguambela itu, mahkamah tidak boleh menggunakan Seksyen 117 KPJ bagi kes SPRM berikutan suruhanjaya itu perlu menggunakan akta sendiri berkaitan kes SPRM.

Bob Arumugam ketika ditemui mengatakan pihak SPRM boleh mengkehendaki suspek menandatangani bon atau ikat jamin jika mereka tidak dapat menyelesaikan siasatan.

“SPRM hanya mempunyai masa 24 jam untuk melengkapkan siasatan mereka sebelum membebaskan suspek,selepas permohonan reman mereka ditolak mahkamah.

“Ini bermakna SPRM boleh menahan anak guam saya sehingga jam 4 petang ini bagi tujuan siasatan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button