Jenayah & Mahkamah

Bunuh, bakar kekasih suspek berdepan hukuman mati

SUNGAI BESAR – Seorang lelaki yang juga bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berdepan dengan hukuman mati kerana didakwa membunuh dan membakar kekasihnya di Jalan Sungai Limau, di sini, 22 Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Fakhrul Aiman Sajali, 20, hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas jurubahasa membacakan hukuman yang bakal dihadapinya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau, di sini pada 22 Mei 2023 kira-kira jam 8.30 malam hingga 23 Mei 2023 jam 8 pagi.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek selama dua hari bermula Isnin minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Suspek dikatakan telah membakar mangsa sebanyak dua kali dengan menggunakan petrol selepas memukul dan menoreh perut mangsa sehingga mati.

Kes disiasat di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Show More

Related Articles

Back to top button