Berita Semasa

Penyedia perkhidmatan Telegram berdepan tindakan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan Telegram berdepan tindakan sekiranya terus mengabaikan jemputan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung beberapa aduan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pihaknya, menerima pelbagai aduan mengenai perkhidmatan disediakan platform berkenaan, yang berkaitan dengan keselamatan awam, aktiviti jualan bahan terlarang, scammer serta pornografi, dan perbincangan dengan penyedia perkhidmatan itu penting bagi mencari penyelesaian segera.

“Kita akui hadapi ada masalah dengan pihak Telegram. Walaupun dijemput untuk bertemu sejak Januari lepas, sehingga hari ini mereka enggan beri kerjasama.

“Berbanding platform lain, kita tidak lihat kesungguhan oleh pihak Telegram untuk memberi kerjasama.

“Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti apakah tindakan-tindakan yang wajar perlu diambil,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Esplanade, Taman KLCC, di sini hari ini.

“Saya serahkan kepada pihak MCMC sebagai badan kawal selia bertanggungjawab untuk mengesyorkan apa tindakan yang perlu diambil. Saya masih menunggu,” kata Fahmi lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button