Sukan

Sukan SEA: Demi hidup dan mati, Kim Pan Gon bantu skuad Harimau Malaya

PHNOM PENH – Pasukan Harimau Malaya B-22 yang berhadapan misi hidup dan mati dalam pertemuan dengan pasukan Vietnam B-22 mendapat suntikan semangat apabila ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon hadir dalam sesi latihan, semalam.

Pan Gon yang dilihat memberi tunjuk ajar kepada pemain negara turut dibantu penolong ketua jurulatih, Pau Marti dalam sesi latihan itu di padang CHBA Ampov High School.

Skuad kendalian E. Elavarasan itu perlu menang dalam pertemuan dengan Vietnam B-22 untuk aksi ketiga Kumpulan B Sukan SEA 2023 malam ini.

Ia selepas skuad negara ditewaskan oleh pasukan Thailand B-22 dengan keputusan 2-0 dalam aksi kedua kumpulan.

Selepas tamat dua perlawanan, skuad negara berada di tangga ketiga di belakang Vietnam dan Thailand dengan menggumpul tiga mata.

Bagi menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya, skuad negara perlu menundukkan Vietnam atau perlu pulang awal.

Show More

Related Articles

Back to top button