Berita Semasa

KPM benar murid, guru pakai baju sukan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian baju sukan semasa cuaca panas.

Keputusan itu dimaklumkan menerusi surat pekeliling bertarikh 2 Mei 2023 yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi sekolah), Dr Norisah Suhaili berkuat kuasa semalam.

Menurut surat tersebut, langkah berkenaan dibuat dengan mengambil kira keadan semasa cuaca panas dan seterusnya bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.

“Kebenaran khas ini tidak membebankan murid dan ibu bapa kerana murid mempunyai pakaian dan baju sukan masing-masing,” menurut surat berkenaan.

Selain itu, pengetua dan guru besar diingatkan supaya sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan anggota pelaksana.

“Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba yang memudarakan kesihatan seperti hipertemia atau strok haba dan hidrasi,” tulis kenyataan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button