Berita Semasa

SPRM ambil keterangan Sivakumar isu pekerja asing

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berhubung siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing.

Kehadiran Ahli Parlimen Batu Gajah ke SPRM pada pukul 10 pagi itu dipercayai bagi melengkapkan siasatan selepas SPRM menahan tiga individu termasuk dua pegawai kementerian tersebut pada minggu lalu.

“Beliau hadir bagi membantu melengkapkan siasatan yang dilakukan SPRM selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawainya pada minggu lalu,” katanya ringkas memetik laporan Sinar Harian.

Terdahuku, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausa Penahanan Setiausaha Sulit menteri itu dilakukan SPRM kira-kira jam 2.30 pagi selepas seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar ditahan sebelum itu.

Sebelum ini media melaporkan, pegawai tugas-tugas khas Sivakumar ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner‘ bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pekerja asing.

Show More

Related Articles

Back to top button