Negara pengeluar minyak kurangkan pengeluaran mulai Mei 2023
AMMAN, Jordan – Menteri Minyak Kuwait, Bader al Mulla berkata Kuwait bersama bersama negara OPEC Plus akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 128,000 tong sehari pada tahun ini bermula Mei.
Mulla dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu merupakan satu langkah berjaga-jaga selain mematuhi keputusan pengurangan pengeluaran yang dipersetujui pada mesyuarat peringkat menteri ke-33 OPEC Plus pada 5 Okt 2022, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Rusia turut mengumumkan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak 500,000 tong sehari.
Kementerian Minyak Iraq turut mengumumkan keputusan yang sama dan akan mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 211,000 tong.
Sementara itu, menurut Kementerian Tenaga Oman, negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) itu akan turut mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 40,000 tong sehari.
Sementara itu, Algeria pula akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 48,000 tong sehari.
Agensi berita Petra Jordan melaporkan, Kementerian Tenaga Arab Saudi akan melaksanakan pengurangan sukarela pengeluaran minyak mentahnya berjumlah 500,000 tong sehari bermula Mei.