SPRM tahan Bendahari Bersatu
CYBERJAYA – Bendahari Parti Bersatu, Datuk Mohd Salleh Bajuri dilaporkan direman selama dua hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Laporan The Star menyebut, penahanan tersebut adalah bagi membantu siasatan berkenaan sumber kewangan parti tersebut.
“Penahanan itu adalah bersifat politik dan dilakukan oleh pihak yang ingin mencemarkan nama Bersatu dan Perikatan Nasional.
“Tempoh reman itu akan berakhir esok dan dia (Mohd. Salleh) sepatutnya dibebaskan esok,” kata laporan tersebut yang memetik sumber.
Bagaimanapun, sumber dalam laporan tersebut menambah, SPRM difahamkan sedang cuba melanjutkan tempoh tahanan tersebut selama beberapa hari lagi.
Sebelum ini, SPRM membekukan akaun Bersatu bagi melaksanakan siasatan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.