Berita Semasa

Borang Nyata Tahun Taksiran, Tahun Saraan 2022 boleh dikemukakan mulai 1 Mac – LHDN

CYBERJAYA – Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mula mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 dan Tahun Saraan 2022 melalui sistem e-Filing mulai 1 Mac nanti.

Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pengemukaan Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E tersebut boleh dilaksanakan menerusi portal HASiL, secara terus ke portal MyTax, atau menerusi aplikasi mobil.

“Pembayar cukai adalah disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN yang boleh diakses melalui portal rasmi HASiL

“Bagi ejen cukai pula, digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF,” kata LHDN dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Bagi pembayar cukai berdaftar yang kali pertama log masuk ke sistem e-Filing, perlu mendapatkan nombor pin yang boleh didapati menerusi sistem MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > hantar dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (portal)

“Pembayar cukai hanya perlu mengikuti langkah yang dinyatakan dan muat naik dokumen pengenalan diri sekiranya diperlukan,” jelas LHDN lagi.

Dan sekiranya pembayar cukai mengalami sebarang masalah berkenaan kata laluan atau nombor pin, rujukan boleh dibuat menerusi panduan di MyTax.

“Pembayar cukai boleh menghubungi talian Care Line di 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara), LHDN Live Chat atau mengunjungi kaunter perkhidmatan yang berhampiran,” kata LHDN lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button