Tak perlu kertas putih
Bekas pegawai kanan Muhyiddin dedah laporan PAC kelulusan pembelian vaksin Covid-19
CYBERJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Pedana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad menyiarkan minit Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung perolehan vaksin yang didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendapat kelulusan daripada Peguam Negara.
Beliau berkata, Perdana Menteri tidak perlu bersusah payah untuk membentangkan kertas putih di Parlimen bagi membuktikan penyelewengan itu berlaku sebaliknya beliau boleh merujuk kepada laporan PAC.
“Mantan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI), Khairy Jamaluddin buat kenyataan nafi tuduhan PM. Katanya semua proses perolehan termasuk terma undang-undang telah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan diluluskan oleh Kabinet. Saya juga pernah tulis perkara yang sama dalam posting Facebook saya sebelum ini.
“PM kata Menteri Kesihatan kata proses perolehan tak dapat kelulusan Peguam Negara. KJ kata semua terma dah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara. Macam mana nak tahu siapa cakap betul?
“Bukan susah. Tak perlu kertas putih pun. Laporan PAC setebal 521 muka surat telah memperincikan semuanya. Mungkin Menteri Kesihatan masih baru dia tak sempat baca Laporan PAC,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, Marzuki turut menyiarkan petikan laporan tersebut yang membuktikan bahawa vaksin Covid-19 mendapat kelulusan, seperti berikut:
Tuan Khairy Jamaluddin: (Sambungan)…..Okey. Ini adalah the current cost of the vaccination. [Merujuk kepada slaid pembentangan] When I came to see you last, I think it was under RM3 billion, but it is going up to RM4 billion because of the additional tambahan yang telah pun kita peroleh. Jadi, kita telah pun beli hampir 80 juta dos yang telah pun kita tandatangani kontraknya. Nilai ini adalah hampir RM4 bilion. Tambahan yang sedang dirunding setakat ini adalah dua juta Sinovac, tetapi mungkin lebih atas nasihat Tuan Pengerusi juga tadi, kita akan tambah sedikit. Sumbangan yang kita terima adalah 2.9 juta dos daripada negara-negara yang telah menyumbang kepada kita. Ini pecahan secara detilnya.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Ya.
Tuan Pengerusi: Ada satu soalan, sini kata nilai kontrak adalah sebanyak RM4.1 bilion kan? Sekiranya saya tengok kembali kenyataan media daripada Yang Berhormat Menteri pada 27 April, peruntukan siling untuk perolehan vaksin dan logistik vaksin adalah RM3.5 bilion.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: I get to that Tuan Pengerusi. I get to that later. Next. Okay, this one. So, this is the status perolehan vaksin kita. Jadi, untuk makluman PAC sahajalah, saya minta harga ini dianggap sebagai sulit sebab in NDA our previous agreement Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Ya. [Beberapa perenggan dikeluarkan daripada Hansard]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: This is a bit of a messy slide but, let me try to explain what it is. [Merujuk kepada slaid pembentangan] Pada setiap vaksin, saya letak jadual asal dengan jadual terkini. Just to show you like Tuan Pengerusi mentioned just now, the delays and things like that. So, if you look at COVAX for instance, they promised to deliver all the AstraZeneca vaccine 1.387 million by May. They have only delivered 268,000 plus 559,000. The balance 559,000 belum terima lagi. So, that is in the red in August. Dia kata dia nak hantar bulan ini, tetapi saya tak tahu dia nak hantar atau tidak.
Tuan Pengerusi: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Sorry?
Tuan Pengerusi: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: AZ COVAX. This is the facility that is run by WHO, yang global solidarity itu. So, kita tempah untuk 3.2 juta penduduk, 10 percent of our population, 6.4 million doses from COVAX. Apa yang mereka dah setuju, dah allocate adalah AstraZeneca sebanyak 1.39 juta dos. That is what they allocated. So, ada allocation lagi yang belum lagi kita gunakan, about eight percent of our population belum lagi kita gunakan. We sign up for Johnson & Johnson and Novavax. But again, belum lagi dapat jadual penghantaran. Even AstraZeneca punya jadual penghantaran, dia masih lagi berhutang dekat kita 559,200. They say they are going to send in August but we don’t know.
Oleh sebab itu saya keluarkan kenyataan, COVAX ini kemudahan yang gagal, yang sepatutnya bantu negaranegara miskin tetapi they don’t have vaccine. Even Afrika semua tidak ada vaksin, Yang Berhormat. Jadi mujur kita tidak beli lebih daripada COVAX. We just made a decision to take 10 percent from COVAX. On Pfizer Yang Berhormat, kalau kita melihat jadual asal, kita beli 32 juta Pfizer. Kita telah tambah 12 juta lebih untuk second amended agreement with Pfizer.
With that, that’s where we asked for 25 million to be delivered in the third quarter of this year. So, if we look at the jadual asal, was only 14.9 million. If we look at jadual terkini Pfizer, after we added the additional order of 12 million doses, then we got commitment for them to send 25 million in the third quarter of this year. They send 5.4 million in July, August as for now, they have committed 6.4 million.
I am not happy about that. So we are talking to them. So that, it says 5.4 here but actually it is 6.4. Semalam saya bincang dengan mereka, tambah satu juta lagi. But I want them to deliver more, so that we avoid a big delivery in September of 14 million. Untuk AstraZeneca Yang Berhormat, ini juga— this is delayed because kita ada…
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, this AstraZeneca is buying direct?
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: Ya, direct, direct.
Tuan Pengerusi: Okey.
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: Yes. Kita ada pembelian terus kepada AstraZeneca 10 peratus daripada populasi kita, 6.4 million doses. Jadual penghantaran sepatutnya ada bulan Jun kita dapat 600,000, Julai 400,000. Akan tetapi yang telah hantar hanya 586,000 pada bulan Julai. Sebab kelewatan ini adalah kerana AstraZeneca menggunakan polisi perkilangan berdasarkan kepada zon. Kalau zon Asia Tenggara, kita terpaksa ambil supply dari kilang di Thailand. [Beberapa perenggan dikeluarkan daripada Hansard] We are upset that the supply from that plant is tidak seperti mana yang dijanjikan.
So, AstraZeneca kita harap mereka akan hantar 583,000 pada bulan Ogos nanti. Untuk Sinovac Yang Berhormat, kalau kita lihat jadual penghantaran asal, kita akan terima sehingga bulan Oktober tetapi hari itu sebab Kabinet telah mengarahkan saya mempercepatkan proses vaksinasi, jadi kita telah awalkan jadual penghantaran Sinovac dengan tempahan finish product yang lebih dari China. Kita tidak bergantung kepada kapasiti fill and finish di Malaysia sahaja.
That’s why in July we had additional six million that we decided to go for finish product as opposed to waiting for the six million in August, September, October fill and finish from Pharmaniaga. I think, can you see that Yang Berhormat? Six million in July is to take into consideration shortening the delivery schedule. That is what we did for Sinovac.
Puan Wong Shu Qi: Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, so untuk Sinovac ini, agak-agaknya kos tambahan untuk terus order yang finish product ini agaknya berapa?
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar: Itulah yang saya jelaskan tadi, about 17 and then it went up to 19. That was the premium that we had to pay to accelerate the vaccination programme. Saya telah jelaskan kepada Jemaah Menteri, kalau sekiranya hendak mempercepatkan program ini sampai Julai kita boleh mencapai 300,000, now we can do half a million, we have to pay like premium and that was agreed by the Cabinet. That’s we want to accelerate things. Kalau tidak, terpaksa tunggu sampai bulan Oktober.