Berita Semasa

KBS bawa 4 usul ke Kabinet, perkukuh pembangunan belia

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membawa empat usul yang merangkumi aspek sosial, ekonomi, kepimpinan dan teknokogi dalam kalangan belia ke Kabinet.

Menterinya, Hannah Yeoh, berkata, usul tersebut perlu dibahas dan diluluskan terlebih dahulu dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) sidang kedua, penggal ke-33 di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, di sini hari sini.

“Hari ini kita akan ada empat usul untuk dibahaskan oleh ahli majlis dan usul itu setelah diluluskan akan saya bentangkam dalam kabinet.

“Kita juga meminta Exco setiap negeri untuk membawa balik usul ini untuk melihat macam mana untuk dilaksanakan di negeri masing masing. Perbahasan ini bukan untuk bahas sahaja tetapi ada tindakan susulan, makluman kepada Kabinet dan kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ditanya mengenai langkah KBS bagi mengatasi masalah muflis dalam kalangan belia, Hannah berkata, perbincangan telahpun dilakukan dengan beberapa kementerian bagi mengatasi masalah ini.

“Perbincangan telah dimulakan dengan beberapa kementerian khasnya Kementerian Kewangan dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Kita bukan mahu buat program kesedaran. Kita mahu intervensi untuk keluarkan mereka daripada kategori ini. Kerana kalau usia 20-an sudah muflis dia tidak dapat cari kerja, beli rumah, buka akaun. Semua ini penting. Dengan cara apa? masih dalam perbincangan,” ujarnya lagi.

Tambah Hannah lagi, bagi menarik lebih ramai belia untuk berpesatuan, KBS telah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap pertubuhan belia untuk menambah ahlinya sebanyak lima peratus setiap tahun.

“Saya telah bagi KPI untuk pertubuhan belia untuk menambah ahli pertubuhan belia bagi setiap tahun lima peratus supaya kita ada KPI untuk kita keluar.

“Kita mesti ada program untuk tarik minat belia dan kena pastikan program KBS untuk gerak bersama MPBN.

“Bergantung kepada cara kita buat program. Program kita mesti menarik minat belia. Itu sebab bila kita buat program skrin besar. Saya lihat banyak belia keluar. Orang suka keluar tempat terbuka,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button