Jenayah & Mahkamah

Siti Bainun menangis ‘ditinggalkan’ peguam

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menangis di kandang saksi selepas dua peguam yang mewakili perbicaraan kes menganiya kanak-kanak OKU menarik diri.

Siti Bainun ketika dimaklumkan oleh Hakim Izralizam Sanusi mengenai perkara itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dilihat mengesat air.

Dua peguam berkenaan adalah Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan yang mengemukakan notis penarikan diri pada pukul 9 malam tadi.

Siti Bainun ketika ditanya oleh Izralizam sama ada tahu atau tidak mengenai perkara itu berkata dia telah dimaklumkan oleh Asiah namun tidak diputuskan secara sah.

Penarikan itu katanya disebabkan oleh pertindihan jadual peguam berkenaan.

Dengan penarikan itu, Siti Bainun kini tidak mempunyai khidmat peguam.

Hakim kemudian menasihatkan Siti Bainun mendapatkan peguam yang lebih bertanggungjawab dan mungkin cukup sekadar seorang untuk mengendalikan kes.

Siti Bainun juga dinasihatkan membuat aduan kepada Majlis Peguanm sekiranya tindakan peguam-peguamnya yang menarik diri sebagai satu pengainyaan.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya pada 26 dan 27 Januari ini.

Semalam, Malaysia Tribune melaporkan tiga peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri iaitu Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button