Jenayah & Mahkamah

Remaja 16 tahun dakwa dirogol pegawai polis

ALOR SETAR – Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib menimpa seorang gadis 16 tahun yang mendakwa menjadi mangsa rogol seorang pegawai polis ketika disiasat selepas dakwaan dirinya dirogol bapa tiri.

Laporan mengenai kejadian yang berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini pada Rabu minggu lalu itu dibuat Sabtu lalu, lapor Harian Metro.

Sumber akhbar itu berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipanggil oleh seorang pegawai berpangkat inspektor berusia 30-an ke IPD berkenaan untuk membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan remaja berkenaan yang dikatakan dilakukan bapa tiri terhadap dirinya.

“Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.

“Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,” katanya.

Menurut sumber, pegawai polis itu kemudian memegang kemaluan mangsa dan diminta supaya baring atas katil yang ada dalam bilik berkenaan dalam keadaan bogel,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama pegawai berkenaan gagal mengawal nafsu merogol remaja terbabit.

“Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.

“Walaupun takut namun mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendakwa yang kejadian itu berlaku hampir 30 minit dan selepas itu dia diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

“Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.

“Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button