Jenayah & Mahkamah

Polis siasat insiden remaja tertimbus dalam perigi

KUANTAN – Pihak polis sedang menyiasat insiden di mana seorang remaja perempuan maut akibat tertimbus tanah dalam sebuah perigi di Lanchang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, keterangan saksi akan diambil bagi melengkapkan siasatan.

“Pengadu telah mengarahkan mangsa masuk ke dalam perigi yang baru digali sedalam 10 kaki untuk membaiki gelung di dalam perigi berkenaan dalam insiden jam 11 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian pada 23 Dis lalu itu, dinding perigi tersebut runtuh secara tiba-tiba dan menimbus mangsa ketika dia sedang membaiki gelung dalam perigi berkenaan.

Menurut Mohd Azhar, mangsa yang berumur 15 tahun berjaya dibawa keluar dan dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, ujarnya.

Menurut Mohd Azhar, kes yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button