Berita Semasa

LRA Sungai Semenyih kini beroperasi semula

CYBERJAYA – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kini beroperasi semula setelah bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, pengoperasian semula tersebut membabitkan proses pembersihan dan rawatan air dan dijangka mengambil masa kira-kira 12 jam.

“Selepas proses pembersihan dan rawatan itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat akan mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna,” kata syarikat tersebut di laman Facebook miliknya.

Setakat ini, lori tangki air giat digerakkan bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna di kawasan terjejas.

Terdahulu , status bacaan pencemaran bau di dua Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas semalam masih tidak selamat untuk beroperasi semula.

Katanya, bacaan pencemaran untuk LRA Bukit Tampoi mencatatkan 2 TON manakala LRA Sungai Semenyih iaitu O TON setakat pukul 8 pagi tadi.

Semalam, dua LRA itu dihenti tugas akibat tumpahan pati minyak wangi berpunca daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia di Negeri Sembilan.

Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut telah menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden pencemaran bau itu menyebabkan 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di portal Air Selangor atau menerusi aplikasi Air Selangor.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button