AGAMABERITA SEMASA

Zulkifli seru umat Islam jauhi fitnah sahabat Rasulullah

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam supaya memelihara lidah dan penulisan daripada mencemar kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, beliau menegaskan masyarakat perlu menghormati dan menyayangi para sahabat Nabi Muhammad SAW serta menjauhi sebarang fitnah terhadap mereka.

“Hormati dan sayangilah para sahabat Rasulullah SAW dan sama sekali jauhilah fitnah terhadap mereka.

“Peliharalah lidah dan penulisan daripada mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW,” katanya.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim mengenai larangan mencela para sahabat Nabi.

Maksudnya: “Jangan kalian mencela para sahabatku. Jika salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebanyak Bukit Uhud, ia tidak akan capai segantang infak yang dilakukan oleh para Sahabat. Bahkan tidak sampai separuh pun.”

Dalam hantaran sama, beliau turut mengajak masyarakat menyebarkan kebaikan dan bukan kebencian.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didakwa menghina sahabat Nabi.

Seorang pengguna Facebook, Azhar Abdullah, meminta agar laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan jabatan agama berkaitan supaya siasatan dapat dijalankan.

“Tak boleh dibiarkan tu Dr. Wajib buat laporan kepada MCMC dan jabatan agama negeri berkaitan. Perlu ada penjelasan sebenar tentang sahabat supaya masyarakat tidak terpengaruh,” katanya.

“Jangan sekadar up status ja YB Menteri. Minta JAKIM buat siasatan segera. Boleh didakwa sebab ini satu penghinaan besar terhadap para Sahabat Nabi Radhiyallahu Anhum,” tulis Muneer Farid.

Turut senada, pengguna dikenali sebagai Jerungkecik Trader menyifatkan perbuatan menghina sahabat Nabi sebagai penghinaan besar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button