LUAR NEGARA

Youtuber di belakang saluran Outdoor Boys umum berehat dari hasilkan kandungan

ALASKA – Setelah lebih sedekad menghasilkan video pengembaraan luar, Youtuber Luke Nichols yang popular menerusi saluran Outdoor Boys, mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada menghasilkan kandungan.

Nichols, seorang peguam bela jenayah secara profesion, mengumumkan keputusannya itu menerusi sebuah video”Goodbye” yang dimuat naik di saluran tersebut, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Keputusan itu, katanya, dibuat berikutan tekanan akibat kemasyhuran dan kesannya terhadap privasi keluarga mereka.

“Keputusan ini sukar, namun dibuat demi keluarga. Kami sekeluarga kini sering menjadi tumpuan, dan kadang-kadang menjadi agak terlampau.

“Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan privasi keluarga,” katanya dalam video tersebut.

Beliau turut berkata, tindakan pihak bertanggung jawab yang mencuri kandungan videonya lalu dimuat naik semula di platform lain, turut menjadikan kehidupan harian semakin sukar.

Nichols kemudian menekankan keperluan untuk berundur sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, dengan mengutamakan kesejahteraan keluarganya berbanding pendedahan awam yang berterusan.

Saluran tersebut, yang dilancarkan pada Mei 2015, telah meraih lebih 14.8 juta pengikut dan 2 bilion tontonan, memaparkan Nichols, isterinya Rebecca, dan tiga anak lelaki mereka menjalani pelbagai cabaran bertahan hidup di alam semula jadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button