JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita warga Indonesia ditemukan maut dengan kesan jerut di kebun pisang

KUALA LANGAT – Misteri penemuan mayat seorang wanita di kawasan kebun pisang di sekitar Banting, di sini semalam membawa kepada penahanan dua lelaki warga Indonesia kurang 24 jam selepas kejadian.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemukan tidak bernyawa pada pukul 11.07 pagi selepas polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa yang menimbulkan unsur jenayah.

Menurut beliau, hasil risikan dan siasatan mendapati kes tersebut dipercayai melibatkan dua lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun.

“Kedua-dua suspek berusia antara 30 hingga 50-an itu berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button