JENAYAH & MAHKAMAH
Wanita cedera parah ditikam di leher
ALOR SETAR – Seorang wanita cedera parah dipercayai ditikam di leher oleh seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas malam ini.
Dalam kejadian pada pukul 9.15 malam itu, mangsa berusia 35 tahun dan merupakan penjawat awam ditikam di dalam sebuah kereta di kawasan parkir di situ.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan setakat ini dilaporkan dalam keadaan stabil, menurut laporan Kosmo! Online.
Difahamkan mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.
Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang menjamu selera di restoran tersebut.
Polis kini sedang giat mengesan suspek yang bertindak melarikan diri selepas kejadian.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
