[VIDEO] Ekonomi Malaysia catat lonjakan, pertumbuhan suku keempat 2025 cecah 6.3 peratus
PUTRAJAYA – Ekonomi negara mencatat prestasi luar jangka apabila pertumbuhan sebenar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2025 melonjak kepada 6.3 peratus, mengatasi unjuran awal sebanyak 5.2 peratus.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas laporan terkini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menurutnya, pencapaian tersebut merupakan perkembangan amat positif kepada ekonomi negara, sekali gus meningkatkan kadar pertumbuhan keseluruhan KDNK 2025 daripada unjuran awal 4.9 peratus kepada 5.2 peratus.
“Ini juga lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan KDNK 2024 iaitu 5.1 peratus,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Fahmi berkata, antara sektor yang menyumbang pertumbuhan paling tinggi ialah sektor pembinaan yang mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus.
@malaysiatribune Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, pertumbuhan suku ke empat 2025 capai 6.3 peratus, jauh daripada jangkaan. Katanya, secara purata pertumbuhan itu berjaya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus. “Ini juga lebih tinggi berbanding 2024 iaitu 5.1 peratus. Kedudukan baik ekonomi itu juga meletakkan nilai matawang negara antara 10 terbaik Asia,” katanya. #malaysiatribune #pmx #fahmifadzil kdnkmalaysia
Selain itu, Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa kedudukan Bursa Saham Malaysia pada ketika ini dan penghujung tahun lalu berada pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Tambah beliau, nilai mata wang ringgit juga berada dalam kelompok 10 terbaik di Asia, manakala kadar inflasi kekal rendah pada 1.4 peratus.
“Defisit fiskal pula berada pada kadar 3.7 peratus, lebih rendah daripada sasaran 3.8 peratus yang dijangkakan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








