LUAR NEGARA

UK hadapi PRU pada 4 Julai

LONDON – Tarikh pilihan raya umum (PRU) di United Kingdom (UK) ditetapkan pada 4 Julai depan.

Perdana Menteri UK, Rishi Sunak berkata, beliau telah bercakap dengan ketua negara, Raja Charles III bagi memohon pembubaran Parlimen.

“Raja memperkenankan permintaan itu dan kita akan mengadakan pilihan raya umum pada 4 Julai.

“Sekarang adalah masa untuk Britain memilih masa depannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berikutan itu, Parlimen UK akan menangguhkan sidang pada hari Jumaat, dan akan dibubarkan secara rasmi Khamis depan, sebelum kempen bermula.

PRU ini merupakan kali pertama Sunak, 44, berdepan pilihan raya selepas dilantik sebagai ketua parti terbesar di Parlimen oleh ahli Parlimen dari Parti Konservatif pada Oktober 2022.

Sunak berdepan tugas berat untuk meyakinkan orang ramai bahawa kewangan negara masih selamat di tangan Parti Tory selepas 14 tahun memerintah.

Bagaimanapun, pemimpin Pembangkang daripada Parti Buruh, Keir Starmer diramalkan menang besar dan menyifatkan undian sebagai peluang untuk membuka lembaran baharu buat UK.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button