Tulisan Andrew Sia bukti kejahilan tentang pendidikan negara – Veteran UMNO
KUALA LUMPUR – Veteran UMNO Malaysia menyifatkan kenyataan yang mengaitkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institusi pengajian tinggi apartaid adalah bukti kejahilan penulis kolumnis, Andrew Sia terhadap sejarah pendidikan negara.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pandangan kolumnis yang menuduh UiTM mengamalkan sistem diskriminasi dan bersifat perkauman jelas bersifat hasutan dan menyentuh 3R (agama, bangsa dan raja).
Sehubungan itu katanya, Veteran UMNO menyokong desakan Pemuda UMNO supaya Andrew Sia menarik balik artikel tulisannya yang disiarkan di dalam sebuah portal berita.
Katanya, Veteran UMNO juga mencadangkan supaya kerajaan mengezetkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi mengelakkan sebarang salah tafsiran dan buruk sangka kepada institusi itu.
“Sejak ditubuhkan UiTM telah berjaya melahirkan ratusan ribu graduan di dalam berbagai bidang.
“Mereka telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam, swasta, ahli perniagaan, ahli poliitik dan profesional yang diiktiraf dunia.
“Kalau perlu ianya hendaklah didaftarkan sebagai harta intelek orang Melayu,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








