Trump beri amaran berat kepada Putin jika gencatan senjata gagal
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran keras kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin bahawa beliau akan berdepan ‘akibat yang sangat berat’ sekiranya gagal mencapai persetujuan gencatan senjata dalam konflik Ukraine.
Amaran itu disampaikan menjelang pertemuan antara kedua-dua pemimpin di Joint Base Elmendorf–Richardson, Alaska esok.
Sebelum ini, Trump telah pun mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan beberapa pemimpin Eropah mengenai rancangan gencatan perang antara Ukraine dengan Rusia.
Trump menegaskan, gencatan senjata menjadi keutamaannya dan memberi jaminan kepada sekutu Eropah bahawa beliau tidak akan membuat sebarang konsesi wilayah tanpa penglibatan penuh Kyiv.
“Jika pertemuan pertama berjalan lancar, kita akan mengadakan pertemuan kedua yang melibatkan Presiden Putin, Presiden Zelenskyy dan saya sendiri,” katanya seperti dipetik The Guardian.
Susulan perbincangan itu, beberapa pemimpin Eropah menyatakan keyakinan terhadap pendekatan Trump.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan bahawa Ukraine mesti menjadi pihak utama dalam sebarang rundingan berkaitan isu wilayah.
Trump turut menyokong cadangan jaminan keselamatan kukuh untuk Ukraine selepas perang, sekali gus menegaskan bahawa tiada wilayah Ukraine boleh dirundingkan tanpa persetujuan Presiden Zelenskyy.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








