Truck Fighter 2.0 tarik lebih 3,000 pengunjung, himpunkan komuniti 4×4 seluruh negara
KUALA LUMPUR – Truck Fighter & Meet Show 2.0 berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran 5,000 pengunjung.
Jumlah kehadiran yang mencatatkan lebih 3,000 pengunjung di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) setakat tengah hari tadi merupakan petanda baik bagi pihak penganjur untuk mencapai sasaran penuh.
Inisiatif anjuran Zaki GM Garage Sdn Bhd itu diadakan seawal pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.
Acara berskala besar itu menghimpunkan komuniti kenderaan pacuan empat roda (4×4) daripada seluruh negara.

“Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik masih berlangsung sepanjang program bagi memenuhi keperluan serta minat pelbagai lapisan masyarakat.
“Orang ramai yang belum berkesempatan hadir dijemput untuk turut serta memeriahkan program Truck Fighter 2.0 serta menikmati pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh penganjur,” katanya.
Truck Fighter 2.0 tampil lebih meriah dengan pelbagai pengisian menarik, antaranya pameran kenderaan 4×4, pertandingan autoshow melibatkan 21 kategori, aktiviti off-road, gerai jualan, pameran industri automotif, serta cabutan bertuah.

Acara itu bertujuan mengeratkan silaturahim komuniti 4×4 yang sentiasa menjadi wira tidak didendang dalam operasi menyelamat dan bantuan banjir.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang program, antaranya pameran kenderaan 4×4, autoshow 21 kategori, aksi off-road yang mencabar, gerai jualan, pameran industri, serta cabutan bertuah.

Program itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dalam komuniti 4×4, malah menjadi medium memperkukuh jaringan kerjasama dalam industri automotif tempatan.
Komuniti pacuan empat roda juga dilihat memainkan peranan penting sebagai sukarelawan ketika operasi bantuan bencana dan banjir di seluruh negara.
Sementara itu, kemuncak acara menyaksikan Azhar Ahmad, ahli Kelab Hulu Selangor Diesel Member (HSDM), muncul sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah yang menjadi antara tarikan utama program pada tahun ini.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
