TPM gesa jangan ambil mudah banjir gelombang kedua
SABAK BERNAM – Kerajaan tetap bersiap siaga menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir walaupun keadaan mula reda dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) turun mendadak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai persediaan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan jawatankuasa bencana negeri dan daerah.
Katanya, gelombang kedua banjir yang diramal bermula hari ini oleh METMalaysia tidak boleh diambil mudah kerana bakal melibatkan negeri Pahang dan juga Johor.
“Kita berharap ramalan yang dibuat oleh METMalaysia mengenai gelombang kedua banjir yang akan bermula hari ini sehingga 14 Disember dijauhkan oleh Allah.
“Saya dimaklumkan jumlah mangsa banjir telah turun mendadak dan hanya tinggal lebih kurang 3,000 orang di PPS,” katanya selepas Majlis Perasmian Penyerahan Projek Jalan Luar Bandar (JALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sungai Besar di sini, hari ini.
Sementara itu katanya, sebanyak 32 jambatan Bailey sedia untuk digunakan sekiranya berlaku keadaan memerlukan akibat banjir.
Katanya, setakat ini tujuh lokasi telah dikenal pasti memerlukan kemudahan itu.
“Lima daripada stok jambatan itu kini berada dalam stok NADMA manakala selebihnya pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







