SUKAN

TMJ cabar pengkritik bawa kes ke mahkamah

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar pengkritiknya supaya mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan berkaitan isu kelayakan pemain yang tular di media sosial.

Tunku Ismail yang juga dikenali sebagai TMJ menggesa mana-mana pihak yang membuat tuduhan supaya mengemukakan bukti di mahkamah.

“Saya setuju! Saya ada cadangan lebih baik. Semua orang bawa saya ke mahkamah dengan apa sahaja bukti yang ada. Silakan,” katanya dalam satu hantaran di platform X hari ini.

Hantaran itu dipercayai sebagai reaksi terhadap dakwaan seorang pengguna media sosial yang menuduh beliau bertanggungjawab terhadap isu naturalisasi dan kelayakan pemain yang sebelum ini menarik perhatian dalam arena bola sepak negara.

Pengguna berkenaan mendakwa TMJ perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu dan tidak seharusnya memberi alasan berkaitan masalah dalaman.

Perkembangan tersebut menyusul selepas Court of Arbitration for Sport (CAS) minggu ini sebahagiannya membenarkan rayuan beberapa pemain yang sebelum ini dikenakan sekatan kerana didakwa memalsukan dokumen berkaitan kelayakan mewakili Malaysia.

Susulan keputusan itu, pihak berkuasa bola sepak negara kini menunggu proses seterusnya dengan kes berkenaan dijangka diteliti badan disiplin Asian Football Confederation (AFC).

Isu berkenaan terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, khususnya berkaitan proses naturalisasi dan kelayakan pemain untuk mewakili skuad kebangsaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button