BERITA SEMASA

TMJ adakan pertemuan dengan Pan-gon, ucap selamat maju jaya

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon di Hotel St Regis semalam.

Pertemuan itu yang turut dihadiri beberapa individu lain dibuat selepas jurulatih dari Korea Selatan itu mengumumkan peletakkan jawatannya petang semalam.

“Good luck and all the best Kim Pan-gon. Had a good football discussion,” ciap Tunku Ismail menerusi laman X milik baginda.

Semalam, peletakkan jawatan Pan-gon diselembungi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak apabila dia enggan mendedahkan butiran itu dalam sidang media berkenaan kerana ‘very dangerous’ (amat berbahaya).

Kenyataan amat bahaya itu lantas mendapat reaksi Tunku Ismail yang meminta dia menjelaskan maksud kenyataan itu

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Kim Pan-gon di Hotel St Regis semalam

“Apa susah. Pergi tanya dia beramai ramai apa yang dia maksudkan ‘dangerous’.

“Penyokong, ahli politik dan pihak media, tanya dia apa maksud dia ‘dangerous’.

“Be more specific. Takut kena tembak? takut kena kidnapped? Kena sepak? Be direct!” kata TMJ.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button