BERITA SEMASA

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Bandung – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Tiada warga Malaysia yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, barat Bandung, semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta tetap memantau perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilaksanakan pihak berkuasa Indonesia.

Pihak kedutaan, katanya, sudah menghubungi wakil pelajar dan warga Malaysia berdaftar di Bandung Barat, selain berhubung secara aktif dengan Kementerian Luar Indonesia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha SAR.

“Setakat pukul 10 malam (waktu tempatan) semalam, tragedi terbabit dilapor mengorbankan 10 nyawa, manakala 81 mangsa masih dikhuatiri hilang.

“Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +6281380813036 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my.

“Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan menyalurkan maklumat terkini jika perlu,” kata kenyataan itu, hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan, sekurang-kurangnya tujuh maut, manakala 83 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh terbabit.

Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button