POLITIK

Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU-16 – Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung baharu PKR, Fuziah Salleh menegaskan tiada keputusan berhubung penangguhan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 15 September 2024.

Menurut Fuziah, walaupun ada perbincangan serta pandangan dilontarkan, namun ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas.

“Di sini saya ingin menegaskan bahawa tiada keputusan sedemikian telah dibuat sewaktu mesyuarat MPP pada Ahad.

“Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan artikel Nantha Kumar yang disiarkan oleh Malaysiakini bertajuk “PKR tangguh pemilihan parti selepas PRU16 – sumber”.

Sementara itu, Fuziah berharap pihak media terbabit akan bersikap lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

“Saudara Nantha Kumar sudah pun menghubungi saya malam semalam dan saya juga sudah menafikan bahawa keputusan tersebut telah dibuat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button