LUAR NEGARA

Thailand perkenal Program Kesihatan Sejagat baharu januari 2025

BANGKOK – Thailand akan melaksanakan program perlindungan kesihatan sejagat yang dinaik taraf di seluruh negara mulai Januari 2025, kata Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra.

Beliau berkata, program itu bakal menyediakan perlindungan kesihatan sepenuhnya di semua 77 wilayah, menandakan kejayaan transformasi digital dalam sistem penjagaan kesihatan negara berkenaan.

“Dengan ID kesihatan peribadi, rakyat dapat menikmati akses lebih pantas kepada perkhidmatan perubatan seperti rujukan digital, konsultasi doktor secara dalam talian, serta perkhidmatan penghantaran ubat.

“Melalui tempahan janji temu dalam talian, pesakit tidak lagi perlu beratur panjang atau menghabiskan masa seharian di hospital,” memetik laporan Buletin TV3

Beliau turut menjelaskan matlamat strategik kesihatan negara untuk 2025 yang memberi tumpuan kepada penjagaan warga emas, pencegahan penyakit, perkhidmatan kesihatan mental, pemulihan ketagihan dan kebolehsampaian yang dipertingkatkan.

Program yang diumumkan itu dijangka membawa perubahan besar kepada sistem kesihatan Thailand, memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berpatutan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button