BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANPMX

Pelaksanaan tarif asas baharu turunkan kos elektrik secara menyeluruh – PM

PUTRAJAYA – Pelaksanaan tarif asas elektrik baharu bukan sahaja tidak membebankan rakyat, malah membolehkan kos elektrik dinikmati pengguna menurun secara keseluruhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan yang dirangka oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu menyasarkan pengecualian kepada majoriti rakyat, manakala kenaikan hanya melibatkan golongan industri berkeuntungan tinggi.

“Efektifnya, kos elektrik dengan tarif asas ini, walaupun bunyinya naik, tapi kos elektrik secara keseluruhan menurun. Secara keseluruhan, kos elektrik menurun sebanyak 19 peratus.

“Apa yang disampaikan oleh mereka, tarif naik, cukai naik. Sebab itu saya tanya, kamu ini wakil rakyat bawahan atau wakil tauke.

“Ada tauke mengeluh kerana naik bagi mereka, tapi efektifnya dalam pelaksanaan dicadangkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, 85 peratus rakyat dikecualikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Baca juga : Tarif baharu elektrik bukti rakyat diutamakan dalam reformasi tenaga negara

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah rasionalisasi tersebut memberikan kesan positif kepada kebanyakan pengguna, terutamanya apabila penggunaan tenaga dilakukan di luar waktu puncak.

“Kemudian dia bagi pula, kalau gunanya masa dipanggil bukan waktu puncak, itu boleh dikurangkan. Tapi yang penting, secara keseluruhan, bila dilaksanakan, ini faktanya, bukan kos naik.

“Ia daripada nilai RM55.95 Rp3 kepada RM45.40 Rp4, maknanya kalau tengok bil lepas itu, banding dengan bulan lalu, dia lebih rendah.

“Yang sebenarnya kalau boleh tengok bil, kalau kita guna yang sama, bulan lalu ke bulan ini, bil akan turun.

“Kerana saya katakan tadi, kos elektrik secara menyeluruh sudah menurun,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button