BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Syed Mokhtar tokoh Melayu paling kaya di Malaysia

KUALA LUMPUR – Tiga tokoh Melayu terkemuka telah disenaraikan di dalam senarai 50 hartawan terkaya Malaysia menurut Forbes Asia.

Mendahului senarai adalah tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.

Forbes dalam senarainya berkata, Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), sementara Syed Azman berada di tempat ke-28 dengan jumlah AS$765 juta (RM3.7 bilion), dan Azman berada di tempat ke-32 dengan kekayaan sebanyak AS$660 juta (RM3.2 bilion).

“Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 telah meningkat dua peratus menjadi AS$83.4 bilion (RM399.82 bilion).

“Peningkatan tersebut didorong kenaikan pasaran saham Malaysia sejak senarai terakhir dikeluarkan, namun diimbangi kejatuhan nilai ringgit.” katanya dalam laporannya semalam.

Senarai terbaharu Forbes Asia turut memaparkan, Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM55.1 bilion)

“Kuok mengekalian kedudukan sebagai individu terkaya Malaysia selama lebih daripada 50 tahun, dan meraikan ulang tahun ke-100 pada Oktober tahun lalu,” katanya lagi.

Forbes turut melaporkan, kedudukan kedua terkaya di Malaysia ialah Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai bersih AS$8.8 bilion (RM42.1 bilion).

“Di tempat ketiga, adik-beradik Teh yang mewarisi Public Bank daripada mendiang bapa mereka, Tan Sri Teh Hong Piow, menambah sedikit kekayaan mereka dengan nilai bersih AS$5.4 bilion (RM26 bilion), manakala Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya yang jatuh ke tempat kelima dengan nilai bersih AS$5.3 bilion (RM25.4 bilion) berbanding AS$5.8 bilion (RM28 bilion) tahun lalu disebabkan penurunan harga dan permintaan untuk logam,” lapornya lagi.

Forbes melaporkan, pertumbuhan paling ketara ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradiknya, dengan gabungan kekayaan mereka melonjak kepada AS$4.7 bilion (RM23 bilion), lebih tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya.

“Mereka menggantikan kedudukan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima nilai kekayaan bersih mereka turun kepada AS$5.3 bilion (RM25.4 bilion) daripada AS$5.8 bilion (RM28 bilion) berbanding tahun lalu.

“Antara hartawan yang merekodkan untung paling ketara tahun ini ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradik dengan gabungan kekayaan mereka melonjak kepada AS$4.7 bilion (RM23 bilion), lebih tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya,” menurut laporan Forbes

YTL milik Francis Yeoh, telah bekerjasama dengan Nvidia bagi mewujudkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di pusat datanya di Johor Bahru.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button