Sidang Kemuncak ASEAN: 16 NGO sokong pendirian kerajaan dalam manfaat kerjasama ASEAN-AS
PUTRAJAYA – Gabungan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian dan langkah kerajaan dalam memanfaatkan peluang kerjasama ASEAN–Amerika Syarikat (AS) sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bakal berlangsung hujung minggu ini.
Komitmen itu disampaikan menerusi penyerahan memorandum oleh gabungan NGO tersebut yang diketuai oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas solat Jumaat di Surau Al Quddus, PPAM Saderi, Presint 16 di sini.
Dalam pada itu Anwar menghargai sokongan yang diberikan itu dalam membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi di Gaza.
“Ia juga menzahirkan sokongan agar Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai pusat keamanan dan dialog serantau, di samping menyeru supaya suara rakyat Malaysia disampaikan dengan jelas dan menolak sebarang dasar yang terus menzalimi warga Gaza.
“Saya menghargai keprihatinan dan semangat solidariti yang dizahirkan oleh pelbagai pihak, selaras dengan pendirian tegas Malaysia dalam mempertahankan keadilan dan kemanusiaan di peringkat global,” katanya hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








