Sheila Rusly terkejut pernah berjiran dengan perompak
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mendedahkan kawasan kediamannya yang dirasakan selamat sebelum ini rupa-rupanya pernah menjadi lokasi persembunyian seorang perompak.
Perkara itu dikongsikan oleh Sheila, 54, menerusi media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikutnya mengenai tahap keselamatan kawasan perumahan berpagar dan berpengawal.
“12 tahun duduk di kawasan berpagar dan berpengawal, baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat, rupanya perompak sewa. Seram, kan?” tulisnya di aplikasi Threads.
Tambah beliau, individu terbabit bagaimanapun telah berjaya ditahan pihak berkuasa.
Namun, pengalaman tersebut memberi kesan mendalam sehingga menimbulkan rasa tidak selamat dalam dirinya.
“Sudah ditahan, tetapi saya masih rasa tidak selamat,” ujarnya ringkas ketika membalas pertanyaan netizen.
Sementara itu di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa terkejut selain berkongsi kebimbangan terhadap tahap keselamatan kawasan kediaman masing-masing.
“Sama macam area rumah saya. Berpagar dan ada pengawal. Sekali polis serbu, tempat gudang dadah,” komen @nazeera_edora.
“Kediaman berpengawal memang berpotensi besar disewa oleh penjenayah. Saya pernah alami. Jiran depan rumah selalu keluar masuk.
“Ingatkan kerja kilang, rupanya rumah tu dijadikan pusat proses dan bungkus dadah. Gila,” tulis @nisa.bakes.
“Allahu, perompak T20,” komen @amir_iml pula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


















