SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menggerakkan program anti buli bermula di sekolah berasrama penuh (SBP) sebelum diperluas ke lokasi lain.
Menurut Pegawai penyelaras Penggerak Belia Selangor (PeBS) Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar, program itu akan berjalan dalam masa terdekat bersekali kempen anti dadah yang digerakkan bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), lapor SelangorKini, semalam.
“Langkah pertama adalah berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Kita akan kenal pasti sekolah mana dahulu. Sasaran kita sekolah berasrama, sama ada penuh atau harian.
“Pergaulan mereka sesama rakan lebih banyak kerana duduk di asrama berbanding pelajar sekolah harian. Kita mahu kekang budaya buli ini dalam kalangan mereka,” kata Ahmad Bakrin Sofawi dalam laporan tersebut..
Jumaat lalu, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi memaklumkan, kerajaan negeri akan meluaskan kempen kesedaran menolak budaya buli bukan sahaja di sekolah, malah meliputi institusi pengajian tinggi, tempat kerja dan juga komuniti setempat.
Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Majlis Sukan Negeri dan 250 ahli PeBS akan digerakkan turun ke sekolah-sekolah bagi melaksanakan kempen berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








