Sekatan sementara Grok hanya ditarik jika isu kandungan selesai sepenuhnya – Fahmi
KUALA LUMPUR – Sekatan sementara terhadap fungsi kecerdasan buatan (AI) Grok hanya akan ditarik balik sekiranya isu penghasilan kandungan memudaratkan diselesaikan sepenuhnya.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mahu memastikan semua kandungan berbentuk video atau imej yang berpotensi disalahgunakan tidak lagi dihasilkan sebelum sebarang kelonggaran diberikan.
“Sekiranya mereka berjaya menyahaktifkan sepenuhnya fungsi yang membolehkan penghasilan bahan-bahan yang dianggap memudaratkan dalam talian, kerajaan akan menghentikan sekatan sementara ke atas Grok.
@malaysiatribuneDatuk Fahmi Fadzil memaklumkan beberapa fungsi AI di platform X telah dinyahaktif, namun pelaksanaannya masih belum menyeluruh. #malaysiatribune #ai #mediasosial #videoreelsシ #trendingnewsmalaysia♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune
“Kita mahu platform media sosial lebih selamat, terutama untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya selepas melancarkan Centre for Responsible Technology (CRT) di sini, hari ini.
Fahmi berkata, kerajaan mengambil maklum laporan bahawa pihak X telah menyahaktifkan beberapa fungsi yang membolehkan penghasilan imej tidak sesuai melalui AI Grok, namun langkah itu masih belum dilaksanakan secara menyeluruh.
Beliau berkata, kerajaan memilih pendekatan kerjasama dengan platform melalui saluran perundangan dan kawal selia yang tersusun, selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.
“Kerajaan tidak berniat menyekat platform media sosial secara menyeluruh. Kita hanya mahu memastikan ia tidak disalahgunakan untuk tujuan jenayah,” katanya lagi.
Fahmi turut berkata, kebimbangan terhadap penggunaan Grok bukan hanya dibangkitkan di Malaysia, malah turut dikongsi oleh beberapa negara termasuk Indonesia dan beberapa negara Eropah.
“Apabila banyak negara menyuarakan perkara sama, sudah pasti ada isu yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak X.
“Kita perlu mencari keseimbangan antara kebebasan bersuara dan pencegahan penyalahgunaan platform digital,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






