Salah guna visa pelawat: Kerajaan arah tindakan tegas, Akta Perhimpunan Aman akan dipinda
PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja di negara ini khususnya dalam beberapa sektor tertentu susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh komuniti perniagaan dan pihak berkepentingan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan tindakan susulan akan dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan serta pemantauan terlibat.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan visa untuk bekerja.
“Tindakan susulan akan diambil oleh badan-badan penguatkuasaan dan pemantauan oleh di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, Jemaah Menteri memutuskan untuk memfailkan semakan semula terhadap satu keputusan mahkamah berkaitan kes melibatkan bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hariri Abd Hadi yang menyentuh soal keperlembagaan beberapa peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman.
@malaysiatribune Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja di negara ini khususnya dalam beberapa sektor tertentu susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh komuniti perniagaan dan pihak berkepentingan. #malaysiatribune #beritasemasa #visa
Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan ketetapan dasar Jemaah Menteri pada minggu lalu untuk meminda Akta Perhimpunan Aman sekali gus memerlukan pertimbangan lanjut sama ada wajar untuk meneruskan proses semakan kehakiman terhadap keputusan berkenaan.
“Jemaah Menteri telah memutuskan supaya maklumat berkaitan disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk dibincangkan, memandangkan kerajaan secara dasar telah bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman,” katanya.
Menurut Fahmi, sebarang tindakan lanjut berhubung semakan semula itu akan dilaksanakan oleh AGC, selaras dengan keputusan dasar kerajaan untuk melakukan pindaan terhadap akta berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

