RUU Sewaan Kediaman dijangka dibentang tahun ini
KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Sewaan Kediaman dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, tahun ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, RUU berkenaan kini dalam peringkat akhir pelaksanaan kajian, lapor BH Online.
Tambahnya, beliau sendiri akan meneliti setiap fasa sebelum mengemukakannya kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan.
“Kita berharap apabila Jemaah Menteri telah mencapai kata sepakat, (RUU) dapat diluluskan di Dewan Rakyat dalam tahun ini juga untuk menjamin hak penyewa dan pemilik rumah. Ini adalah keseimbangan yang sedang cuba kita gerakkan ke hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panelis dalam sesi bertajuk Reformasi Perumahan: Meningkatkan Kualiti Kehidupan, Pemilikan & Kecekapan Kawal Selia bersempena Forum Ekonomi Malaysia 2026 (FEM 2026), di sini hari ini.
RUU Sewaan Kediaman digubal dengan tujuan melindungi hak pemilik dan penyewa, serta menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian tanpa mengawal kadar sewa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








